Friday, July 13, 2007

Adab Memberi Salam

Maksudnya:
Dari Abu Hurairah R.a berkata: "selemah-lemah manusia ialah orang yang lemah dalam berdoa dan sebakhil-bakhil manusia ialah orang yang bakhil memberi salam"

Keadaan yang disunatkan memberi salam:
1/-Bertemu antara dua saudara sesame islam
2/-Masuk ke dalam sesuatu majlis
3/-Keluar dari majlis ilmu atau berpisah
4/-Masuk ke dalam rumah sendiri atau masjid
5/-Memulakan percakapan
6/-Menziarahi dan melalui kubur

Keadaan yang dimakruhkan memberi salam:
1/-Sewaktu berada dalam tandas
2/-Memberi salam kepada orang yang solat
3/-Ketika azan dan iqamat
4/-Ketika membaca al-quran
5/-Semasa khatib sedang membaca khutbah jumaat
6/-Ketika sedang makan

Hikmah memberi salam:
1/-Membezakan orang islam dengan orang bukan islam
2/-Melembutkan hati
3/-Mengukuhkan perpaduan dan membentuk keluarga penyayang
4/-Melenyapkan perasaan dengki dan sombong
5/-Merapatkan hubungan persaudaraan
6/-Mendapat ganjaran pahala



"Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara;
Muda sebelum Tua,
Sihat sebelum Sakit,
Kaya sebelum Miskin,
Masa lapang sebelum Masa Sibuk,
..Hidup sebelum Mati.

..sisa hidup yang masih berbaki ini sama-samalah kita menghisab diri kita agar kita menjadi manusia yang soleh dan solehah untuk menuju syurga yang kekal abadiey..
Juru kunci Saidina Rosidin mekah telah bermimpi bertemu Nabi S.A.W beliau berpesan kuat-kuatlah dalam beribadah kerana dunia ini sudah goyah dan tua..(gua dapat meseg nie dieorang sruh sebar..gua sebar je..ntah btul ntah tidak..die kte btul)

BALASAN PERCAKAPAN TANPA AMALAN

Maksudnya..:
"Daripada Abi Zaid Usamah bin Zaid Bin Harith r.a katanya: "aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, seorang lelaki diheret pada hari kiamat lalu dicampakkan ke dalam neraka,tali perutnya terkeluar dan ia berpusing-berpusing seperti keldai mengelilingi pengisar gandum,penghuni neraka berhimpun lalu bertanya, "wahai pulan! mengapa kamu ni? bukankah kamu pernah menyuruh orang berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran? jawabnya: "benar! aku menyuruh membuat kebajikan sedang aku tidak membuatnya,dan aku menyuruh mencegah kemungkaran sedang aku melakukannya" (Riwayat Muslim)

..sedarlah wahai sahabat-sahabat sekalian..adakah kita tergolong dlm golongn yg sbegitu? Nauzubillah..mga kita dijauhkan.


Friday, July 6, 2007

Suruhanjaya Antara Agama(IFC)bermatlamat jahanamkan islam


1-Apakah Interfaith Commision (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC (Inter Religious Council) adalah sebuahsuruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang untuk mengawal dan mengubah ajaran sesetengah agama (baca:agama islam)

2-Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism,Christianitiy, Hinduism,dan Sikhim (MCCBCHS) ataupun majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha,kristian,hindu dan sik melalui memorandumnya kepada majlis peguam bertarikh 21 ogos 2001. presiden MCCBCHS ialah V.Harcharan Singh.

3-siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis peguam terutamanya jawatankuasa kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. kronologinya seperti berikuy:

-pada 8 ogos 2001 majlis peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan dengan lancar.

-pada 8 disember 2001 satu perayaan "Festival of Rights" diadakan dengan tema "kebebasan beragama"

-pada 10 disember 2001,majlis peguam menganjurkan forum mengenai "kebebasan beragama" dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.

-pada 17 mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. bengkel ini gagal apabila kesemua NGO islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM,ACCIN,JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr.Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. bagaimanapun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

-pada pertengahan tahun 2004,satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. bagi menunjukkan wujudnya sokongan,penganjur seminar telah melantik kesemua ahli jawatankuasa kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

-mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IRC bertarikh januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.persidangan ini dianjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman,iaitu Konrad Adeneur Foundatian(KAF).

4-Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas islam yang akan merosakkan akidah orang islam.

5-apakah tuntutan yang dibuat melaui IFC?

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa islam tidak secara otomatik menjadi orang islam.

ii. Orang-orang bukan islam yang telah memeluk agama islam hemdaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka(murtad)dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang islam kepada bukan islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan mahkamah sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama islam.

v. Orang bukan islam tidak perlu dikehendaki menganut islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang islam. orang islam hendaklah dibenarkan keluar daripada islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang bukan islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi unutk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang orang bukan islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bibel dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. pelajaran agama bukan islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

xii. Program-program berunsur islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. program dakwah agama lain selain agama islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan islam.

xiv. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

6-Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap islam??

berdasarkan deraf undang-undang penubuhan IFC,suruhanjaya ini jika ditibuhkan amat merbahaya kepada Islam dari sudut:

i. membuka seluas-luasnya unutk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama islam.

IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. ini adalah campurtangan org bukan islam dalam hal ehwal agama islam secara terang (tanpa berselindung). hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (artikel 11 (1) perlembagaan persekutuan - Freedom of Religion (kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang laim semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. orang-orang bukan islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan agama islam. campurtangan ini amat merbahaya. perkara yang berkaitan dengan agama islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam islam sendiri.

ii. menjadikan undang-undang Allah mensti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yanag menjejaskan aqidah:

Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:

-deklarasi Hak Asasi sejagat 1948.
-konvensyen untuk menghapuskan semua jenis dikriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 julai 1995)
-konvensyen mengenai hak kanak-kanak,
-deklarasi untuk mrnghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan dikriminasi berasakan agama,
-deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewarganegaraan,sukukaum,agama dan bahasa minoriti,
-deklarasi Viena dan pelan tindakan.

kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa diatas.norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang islam dan bukan islam. bagi orang islam,peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta manusia. apa sahaja ajaran islam yang bertentanagn dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. ini bermaksud,Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. ini menjejaskan aqidah seorang muslim.

iii. orang islam bebas melakukan apa sahaja.

manusia adalah bebas. begitu juga orang islam adlah bebas. mereka bebas melakukan apa sahja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh leh mengaku sebagai seorang muslim atas nama kebebasan beragama. kebebasan agama ini dijamin oleh norma antabangsa di atas.

iv. orang islam bebas murtad.

Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan "setiap orang menpunyai hak untuk bebas berfikif,suara hati dan agama. ini termasuk kebebasan menukar agama...(artikel 18)" ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. berdasarkan norma antarabangsa,islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada islam kerana itu dibenarkan oleh norm antarabangsa.

b. IFC berhak menemtukan status agama seseorang.

seseorang yang ingin murtad boleh menbgemukakan permohonannya kepada IFC. permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah orang bukan islam. ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama islam. jabatan pendaftaran negara tidka berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada islam kepada bukan islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3)deraf undang-undang IFC.

Tiada sebarang agama yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang buken penganutnya. oleh yang demikian tidak pernah wujud badan seumpama IFC di mana-mana sahaja dalam dunia ini.

7. Apakah sikap kita sebagai Muslim(dan bukan muslim)

Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. kerajaan awal tahun ini telah mengumumkan penagguhan penubuhan IFC. semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC. para pelopor IFC ini tidak akan berdiam diri dengan penagguhan ini dan akan terus melobi semua pihak untuk menerima cadangan mereka. ini terbukti apabila mereka menyokong sepenuhnya pengikut-pengikut Ayah Pin yang ingin murtad dan menyediakan khidmat guaman untuk menyaman pihak berkuasa dan membawa kes ini ke peringkat tertinggi.

kita perlu berwaspada dan jangan terpedaya dengan diayah bahawa tindakan mereka ini hanya satu dialog antara agama.